Semua orang ingin kelihatan cantik. Dan lumrah juga bagi wanita terutamanya; ingin kelihatan cantik.

Tak mahu kulit gelap, kulit berjeragat, bintik-bintik hitam, jerawat, kusam dan banyak cela. Semua wanita tidak mahu kelihatan hodoh.

Nak kulit muka berseri, putih, gebu dan bebas cela. Kriteria ini sungguh penting bagi ciri-ciri ideal sebagai seorang wanita yang ingin cantik.

Bukan sahaja ingin tampil cantik, bahkan mampu memberi keterampilan dan meningkatkan daya keyakinan wanita, khususnya bagi yang bekerjaya.

Maka dengan itulah, terdapat ramai orang yang mengambil peluang untuk menjual jenama produk mereka yang boleh membantu menghidupkan ciri-ciri ini pada kulit wajah wanita.

Pasarannya mengikut kelompok wanita-wanita muda, belum berkahwin ataupun yang sudah berumur. Pokoknya tiada had umur untuk kelihatan cantik. Semua orang boleh tampil cantik.

Tetapi, hari ini kita sering dimomokkan dengan lambakan produk kecantikan khususnya untuk memutihkan kulit yang dikenalpasti memberi risiko bahaya kepada wanita.

Ada diantaranya yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hydroquinone terutamanya yang mampu memberi kerosakan teruk kepada kulit muka setelah diguna dalam masa panjang.

Nak cantik dengan cepat” atau “Nak cantik hanya dalam masa satu hari” itu memang mudah, banyak produk yang menawarkan kata-kata hikmat sebegini.

Namun jika tersalah pilih produk, kesan kulit muka rosak tidak semudah cara untuk memperbaikinya. Mungkin ambil masa seminggu, sebulan, setahun atau mungkin paling teruk tidak boleh dipulihkan terus atau muka jadi cacat.

Sebelum kita pergi kepada “cara instant untuk cantik” dengan produk, ada baiknya kita cuba kaedah semulajadi ini dahulu. berikut adalah tips mudah untuk memutihkan dan mencantikkan kulit wajah secara semulajadi tanpa bahan kimia.

5 Tips Mudah Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

#1 – Amalkan Diet Dengan Serat Tinggi, Berkhasiat

Segalanya harus bermula dengan diet atau cara pemakanan anda. Masalah penghadaman akan menyebabkan kekotoran kulit dari dalaman dan kerana itu diet seimbang sangat penting.

Amalkan pemakanan berprotein tinggi seperti ikan, kacang, daging putih dan bijian seperti gandum hitam & beras perang juga sayuran sangat bagus untuk kesihatan dan kulit anda.

Cuba elakkan makanan yang diproses kilang atau dari bahagian sejuk beku. Asid lemak Omega 3 bagus untuk mengurangkan keradangan kulit dan ianya boleh ditemui dalam kacang walnut, salmon dan kacang soya.

Jaga makan, itu penting.

#2 – Minum Air, Banyakkan Minum Air Setiap Hari

Ramai sebenarnya mengambil mudah pengambilan air dalam kehidupan sehari hari. Seperti yang kita tahu terdapat banyak faedah kesihatan dengan hanya minum air, salah satunya adalah untuk membantu kulit anda untuk membersihkan kekotoran.

Air membersihkan badan dan menghapuskan toksin & bahan buangan. Ia menghidrat tubuh dan membuang lebihan minyak dan kotoran. 15% daripada kulit kita terdiri daripada air. Jadi, minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memberikan kulit cerah idaman anda.

#3 – Elakkan Terdedah Kepada Matahari

Cahaya matahari sumber vitamin D yang baik namun hanya dari jam 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi setiap hari, selepas itu anda perlu elakkan pancaran cahaya matahari terus ke kulit anda.

Sinaran UV agak kuat dan bukan sahaja merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan berlebihan kepada sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit — lebih lebih lagi sekitar 10.00 pagi ke 2.00 petang.

#4 – Amalkan Pembersihan Kulit Dengan Betul

Menghidratkan kulit dari dalam dan luar adalah penting. Bersihkan muka anda dua kali setiap hari, sekiranya lebih ianya boleh menyebabkan kekeringan. Minyak semulajadi yang dihasilkan kulit kita diperlukan untuk kesuburan.

Gunakan air suam untuk mencuci manakala gunakan air sejuk untuk membilas untuk mengelakkan kotoran kembali ke liang kulit muka. Semasa mencuci muka guna pergerakan bulat, jangan gosok kerana boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

#5 – Dapatkan Cukup Rehat Dan Tidur Itu Penting

Mungkin anda tidak tahu, rehat yang cukup dan tidur merupakan rahsia nombor satu untuk gaya hidup yang sihat dan kulit yang cerah berseri.

Berada dalam keadaan tertekan akan menghasilkan kulit berminyak secara berlebihan. Sekurang kurangnya tidur 7 hingga 8 jam setiap hari untuk minda yang aktif dan kulit berseri.

Tidak salah juga untuk anda mengunjungi spa berdekatan untuk hilangkan stress dan berehat.

Kulit Putih Bersih Bebas Cela Dengan Shaklee

 

Di Shaklee, ada banyak suplemen dan skincare set yang boleh digunapakai dan diamalkan untuk memperbaiki dan maintain kesihatan serta kecantikan kulit.

Jika, kita mempunyai banyak masalah kulit seperti jeragat dimuka, wajah kusam, jerawat, kulit berkedut dan sebagainya, set asas kesihatan kulit berikut wajib kita cuba dulu.

Set Kesihatan Kulit
Set lengkap Terbaik untuk Kulit

Atau asasnya boleh juga mulakan dengan dua vitamin berikut:

Set Asas Kulit
Set Mini untuk Kulit Kecantikan Kulit Atau Perbaiki Kulit Bermasalah

Skincare Untuk Penjagaan Kulit

Untuk penjagaan kulit, kita perlu prihatin untuk memilih yang terbaik. Penggunaan produk sembarangan boleh membawa malapetaka kepada kerosakan kulit.

Sememangnya terdapat banyak produk yang khusus untuk penjagaan kulit. Daripada yang berharga beribu satu set sehingga yang berharga RM10 sebotol. Terpulang kepada kita sendiri nak beli yang mana satu. Duit kita kan.

Cuma, sebelum tu perlu fikir banyak kali dan cuba jadi bijak. Lihat dari segi kandungannya, keselamatan, keberkesanan dan feedback pelanggan yang telah menggunakannya.

Hari ini ramai yang mudah tertipu dengan helah merketing yang sangat mengancam atau merenggut jiwa sehinga ramai wanita terutamanya remaja berlumba-lumba nak menjadi yang pertama mencuba sesuatu produk baru. Terutamanya yang berjenama sendiri.

Ya, tidak semuanya tidak elok. Cuma kita sekali lagi kita perlukan kepastian kandungan dan kajian penggunaaanya.

Bahaya hidroquinone, merkuri dan paraben banyak sekali kita dengar. Dan bahan ini banyak terkandung dalam produk kosmetik untuk kulit. kadang ia tidak tertera pada label tetapi kesannya hanya ditemui selepas penggunaan jangka panjang.

Ibaratnya, kita sebagai bahan ujikaji. Jika elok, elok lah hasilnya, kalau tak elok, kita ubahlah kandungannya atau lebih teruk lagi pengguna dipersalahkan 100% kerana dituduh tidak menggunakan produk dengan betul. Hmm susahkan.

Realitinya sekarang, memperbaiki kulit muka yang rosak akibat kosmetik tidak semudah untuk mencuba kosmetik untuk cantik dalam masa satu hari!.

Ramai yang datang mengadu kulit muka rosak dan bersusah payah untuk memperbaikinya semula. Paling sedih, harga untuk memulihkan kulit yang rosak akibat kosmetik lebih mahal dari mencuba produk kosmetik untuk segera cantik.

Skincare untuk Kulit yang Selamat – Berkesan – Semulajadi 

Skincare Shaklee diperbuat daripada bahan yang selamat serta bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Terbukti berkesan untuk mengatasi pelbagai masalah kulit muka.

Diperbuat daripada bahan semulajadi dan melalui pelbagai ujian ketulenan bahan.

Testimoni Pengguna Shaklee

 

 

Berminat untuk dapatkan segera Set Vitamin dan Set Skincare untuk kecantikan dan penjagaan kulit? Hubungi saya:

Noor Azura Jusoh
Shaklee Independent Distributor

SMS | Whatsapp | Call:
019 – 357 3368

Email: 
noorazura45@gmail.com

Shaklee ID:
886675

Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi Tanpa Risiko Kulit Muka Rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *